Monday, October 29, 2007

INFO - ONLINE TRADING

APA ITU FOREX????

Forex ialah singkatan ayat “Foreign Exchange”. Kata lain pertukaran mata wang asing. Ia nya juga merupakan satu lagi bidang perniagaan. Barang perniagaan kita ialah mata wang asing. Contohnya kita membeli USD pada satu harga dan menjualnya semula setelah nilai matawang tersebut bertambah. Perbezaan atara nilah jualan dan belian adalah keuntungan yang kita buat. Senang sahaja konsepnya kan?


Untuk makluman semua, sebelum dunia dihubungkan oleh internet Forex hanya boleh diniagakan oleh professional seperti bank dan institusi kewangan yang besar. Internet telah merapatkan jurang yang ada. Dibantu oleh internet, Institusi yang terlibat dapat memberikan perkhidmatan Forex kepada pelanggan diserata dunia. Itulah diantara kebaikan internet yang dapat kita rasai secara langsung.

Dalam dunia forex yang sebenar, matawang dianiagakan dengan cara berpasangan. Sebabnya untuk membeli satu matawang, kita memerlukan mata yang lain.

Contoh : GBP/USD

Katakan harga semasa ialah 1.9600. atas keteguhan ekonomi GBP bertambah kuat. GBP/USD melonjak naik pada 1.9700. sekiranya pada masa itu kita ingin mengaut keuntangan bolehlah kita jual semula dan mendapat keuntungan 0.0100. pada mata umum nampak tak banyak. Tapi dalam dunia Forex 0.0100 atau bersamaan 100 pips amat banyak. Nanti saya akan sentuh semula subjek ini.


Mengapa FOREX???

Mengapa FOREX ? Terdapat beberapa sebab utama mengapa saya amat berminat didalam perniagaan FOREX. Saya pasti saudara juga akan tertarik setelah memahami kelebihan FOREX.

  • Liquidity (cairan). Cairan FOREX amatlah tinggi. Hampir tiada masa diperlukan untuk menjual atau membeli. sebab utama FOREX diperniaga kan diseluruh dunia. Tidak seperti “share”, setelah memberikan arahan kita kena menunggu sehingga permintaan kita dipenuhi. itu pun kalau ada.
  • Leverage. Dengan modal sedikit kita diberi kemudahan oleh broker untuk memperniagakan nilai kontrak yang lebih besar. kemudahan ini membantu kita memulakan urusniaga FOREX walaupun dengan modal yang tak seberapa.
  • Di dalam dunia FOREX, kita boleh berniaga pada kedua-dua market Bullish dan juga Bearish. Market naik ke, turun ke, kita mempunyai peluang untuk membuat keuntungan. Jika market Bullish (naik) kita boleh membeli. Jika market Bearish kita boleh jual pula. Mana nak cari business macam tu.
  • Market dibuka 24 jam. Tiada badan tertentu yang mentadbir perniagaan FOREX. Ia diperniagakan diserata dunia. Disebabkan dunia kita ini bulat, matawang sentiasa diperniagakan. Untuk saya, saya suka waktu malam. Masa tu tenang sikit, dan masa tulah juga market di Amerika Utara dibuka. Market FOREX cuma ditutup dari petang Jumaat sehingga malam Ahad Waktu timur Amerika Utara. Lebih kurang pukul 5 pagi sabtu sehingga 7 pagi Isnin waktu Malaysia.
  • Kesemua broker yang menawarkan perkhidmatan FOREX ada menyediakan akaun PERCUMA ‘Demo’. Kita boleh menggunakan kemudahan akaun demo ini untuk mengasah skill perniagaan FOREX. Latihan terbaik ialah secara praktikal.
  • Wang yang diperlukan untuk memulakan perniagaan FOREX amat kecil. Kebanyakan broker yang ada menawarkan akaun mini. Deposit sekitar, USD $200-$500 telah mencukupi. Tak perlu bergolok bergadai.


Sebagian besar orang bertrading mata uang utama dunia (negera2 G7 dan maju), alasan itu sendiri kerana mata Wang tersebut relatif stabil dan pergerakannya tidak terlalu tajam, dan lagi mata wang negara2 ini lah yang akan mempengaruhi pergerakan ekonomi dunia

EUR/USD: Euro / US Dollar disebut dengan euro

USD/JPY: US Dollar / Japanese Yen
GBP/USD: British Pound / US Dollar

USD/CHF: US Dollar / Swiss Franc
USD/CAD: US Dollar / Canadian Dollar
AUD/USD: Australian Dollar / US Dollar

EUR/GBP: Euro / British Pound

EUR/JPY: Euro / Japanese Yen
EUR/CHF: Euro / Swiss Franc
GBP/CHF: British Pound /
Swiss Franc
GBP/JPY: British Pound /
Japanese Yen
CHF/JPY: Swiss Franc / Japanese Yen
NZD/USD: New Zealand Dollar / US Dollar




ASAS-ASAS FOREX

ASK price
ASK price ialah harga pasangan matawang yang kita boleh beli dari broker. Juga dikenali sebagai BUY price. ASK price sentiasa tinggi dari harga semasa kerana ia telah termasuk dengan komisen broker.

BID price

BID price ialah harga jualan kepada broker FOREX, juga dikenali sebagai SELL price. Harganya adalah lebih rendah daripada harga semasa. Perbezaan harga tersebut adalah sebahagian dari keuntungan broker yang kita gunakan.

Broker

Broker adalah institusi kewangan / platform yang kita gunakan untuk membeli dan menjual matawang. Berhati-hati dalam menentukan broker anda. Yang penting kemahiran dalam dunia Forex harus dikuasai. Ramai orang memilih platfrom berdasarkan spreat.... yaaa, memang kalau nak lihat dari segi keuntungan memang yang rendah spreatnya adalah lebih menguntungkan. Tetapi ramai juga yang gagal. Kenapa?... jadi rendah atau tinggi spreat sesebuah platfro m bukan lah punca mengapa kita perlu pening kepala untuk menentukan platfrom. Yang penting platefrom tersebut sah dan boleh berurus niaga dengan baik. Dan yang paling penting dapat menguasai teknik permainan dunia kewangan dengan baik. Tiada jalan yang singkat untuk berjaya... so... apa lagi mulalah dengan demo akaun dengan bantuan orang tengah iaitu orang yang mahir dalam dunia FOREX.

Currency pair

Didalam dunia FOREX, matawang sentiasa dijual beli secara berpasangan. Matawang pula dibahagikan kepada dua kumpulan utama : Major currencies dan Minor currencies.

Major currencies adalah matawang utama, USD, GBP, EUR, CHF, JPY, CAD dan AUD. Major currencies diniagakan dengan aktif.

Minor currencies pula adalah matawang yang kurang diperniagakan. Contoh minor currencies termasuk HKD dan SGD. MYR (ringgit) pula di kelas kan sebagai matawang exotic. Digelar exotic kerana amat kurang diniagakan.

Untuk berjual-beli kita memerlukan benda yang berlainan. Begitu juga dalam FOREX. kita memerlukan satu mata wang untuk ditukarkan (jual/beli) dengan matawang lain.

Untuk EUR/USD, EUR ialah “based currency” dan USD pula sebagai “quote currency”. Untuk BUY kita akan menggunakan “based currency”. SELL pula kita akan menggunakan “quote currency”.

Sekiranya harga EUR/USD pada masa kini ialah 1.5. Maka setiap 1 EUR bersamaan dengan 1.5 USD. Jual EUR dan beli USD.


Leverage
Leverage ialah kemudahan yang diberikan oleh institusi kewangan atau broker Forex. Broker yang kita gunakan akan memberikan kemudahan “pinjaman” yang membolehkan kita memperniagakan matawang walaupun model yang kita miliki sedikit sahaja. Leverage ialah nilai gandaan modal y
ang disimpan didalam akaun Forex kita. Contohnya kita memasukan $1000 dan broker kita memberikan Leverage sebanyak 100 kali ganda. Dengan modal yang ada kita boleh boleh mendapatkan pinjaman sebanyak 100 kali ganta. Kita boleh memperniagakan matawang sehingga memcecah $100,000. perlu diingatkan, kalau disalah guna buruk padahnya. Jika digunakan dengan baik Leverage dalam mempercepatkan perkembangan perniagaan forex kita.


Lots/units
Didalam dunia FOREX unit yang kita gunakan ialah Lot/unit. Sebahagian daripada broker menggunakan Lot dan sebahagian lagi menggunakan Unit. Pada asasnya Lot dan Unit adalah sama, Cuma nilainya sahaja yang berbeza


Kebanyakan broker yang menggunakan Lot menawarkan Standard Account dan Mini Account. Mini account diadakan dengan tujuan bagi menggalakan pelabur-pelabur yang bermodal kecil. Didalam Standard account setiap lot adalah bersamaan dengan $1000. setiap Pip adalah bersamaan dengan $10. Untuk Mini account pula satu lot adalah bersamaan dengan $50, untuk setiap pip bersamaan dengan $1. Mini account adalah lebih flexible dan amat sesuai untuk peniaga FOREX yang baru berkecimpung didalam dunia yang mencabar ini.


Terdapat juga broker yang menggunakan Unit bagi menggantikan Lot. 10,000 unit adalah bersamaan dengan 1 lot. Penggunaan unit adalah lebih flexible kerana kita boleh memperniagakan jumlah modal mengikut kepada kemahuan kita sendiri.


Pemahaman Lot dan Unit adalah penting dalam pengurusan kewangan. Sila fahamkan kan definasinya dengan sebaik mungkin. Nanti kita akan sentuh semula Lot/unit didalam bab pengurusan kewangan.


Teknik yang digunakan
Pada asasnya teknik terbahagi kepada dua kumpulan yang umum : FUNDAMENTAL dan TECHNICAL ANALYSIS.


Setiap satunya mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Pada pemerhatian saya, umumnya institusi kewangan dan “big player” lebih kepada analisa FUNDAMENTAL. Majoriti peniaga FOREX lebih suka menggunakan analisa TECHNICAL. Ramai juga yang menggunakan campuran kedua-dua teknik diatas.


Analisa teknikal
Selain Fundamental terdapat juga satu lagi teknik yang dipanggil analisa teknikal (technical analysis). Peniaga Forex yang mempunyai matlamat jangka masa panjang kebanyakan nya lebih mempercayai maklumat-maklumat asas (fundamental). Masa untuk masuk dan keluar dari pasaran pula ditentukan dengan menggunakan analisa teknikal.


Terdapat juga peniaga-peniaga FOREX yang men ggunakan 100% analisa teknikal dengan jaya. Saya hanya bergantung kepada analisa teknikal. Pengetahuan dan masa yang terhad tidak membolehkan saya menggunakan kedua-dua teknik.


Berikut adalah dua diantara beberapa teknik yang digunak an dengan meluasnya. Saya hanya menyentuh Fibonacci dan candle stick kerana ini sahaja teknik yang saya gunakan dengan meluas. Guna banyak sangat teknik pun tak banyak sangat faedah. Peningkan kepala kita lagi adalah. Terdapat kelebihan dan juga kekurangan didalam setiap teknik. Cara terbaik, pilihlah teknik yang bersesuai dengan kita. Cukuplah dengan memilih satu atau dua teknik sahaja.


Candle Stick
Jika ditejemahkan kedalam bahasa Malaysia ia akan menjadi “batang lilin”, ganjil sedikit bunyinya. jadi biarlah saya menggunakan telahan asal.


Candle stick mula digunakan oleh orang Jepun setelah sekian lama. Ia memudahkan kita menganalisa keadaan semasa. Pada asasnya cuma terdapat dua jenis candle stick. ada yang menggunakan warna merah/hijau, hitam/putih dan sebagainya. Bergantung kepada broker yang digunakan.


Untuk memudahkan penerangan saya akan mengambil candle stick merah/hijau sebagai contoh. Candle stick merah membawa maksud : harga bukaan adalah lebih tinggi dari harga penutup. Dengan kata lain harga telah jatuh.


Untuk hijau pula, harga bukaan adalah lebih rendah dari harga penutup, nilai matawang yang diperniagakan telah naik. Kaki atau di “wick” pula menunjukkan seberapa jauh harga pasangan matawang terbabit telah bergerak. Candle stick digunakan dengan meluas. Ia amat berguna didalam menganalisa “Trend Reversal”, pertukaran arah market Forex kita.


Fibonacci

Leonardo Fobonacci da Pisa adalah seorang warga Italy yang telah menemukan Fibonacci Number . Banyak kejadian tuhan didalam dunia ini yang diasas kan dengan nombor Fibonacci. contohnya bagaimana kulit siput dibawah disusun dengan teratur.


Asasnya Fibonacci hanyalah urutan nombor. 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55,…. Untuk mendapatkan nombor yang berikut, kita cuma perlu mencampurkan nombor yang ada dengan nombor yang sebelumnya. Untuk mendapatkan nombor selepas 55 kita cuma perlu mencampurkan nombor 55 dengan 34. Hasilnya 89.


Yang menariknya apabila mana-mana nombor fibonacci kita bahagikan dengan nombor berikutnya, kita akan mendapat nombor 0.618. 34 dibahagikan dengan 55 akan memberikan jawapan nombor 0.618. Ini adalah salah satu nombor prima fibonacci.

Dan apabila kita bahagikan dengan nombor selang satu daripada nombor tersebut, kita akan mendapat 0.382. Contohnya nombor 21, nombor selang satu satu selepasnya ialah 55. apabila kita bahagikan 21 dengan 55 kita akan mendapat nombor 0.382.


Mungkin penerangan ini
agak mengelirukan. Yang penting kita kena mengenali nombor fibonacci. Memang menakjubkan, Support dan Resistance selalunya terletak pada nombor-nombor fibonacci.



Untuk market yang tengah Bullish (menaik), kebiasaannya harga akan menurun sedikit pada satu ketika. Harga tersebut selalunya akan berhenti pada nombor-nombor fibonacci. Dengan merujuk kepada teori fibonacci ini peniaga-peniaga Forex dapat meramalkan pergerakkan harga sesuatu matawang.

Terdapat banyak teknik Fibonacci yang ujud. Untuk memudahkan analisa, memadai dengan mempelajari Fibonacci Retracement dan Fibonacci Extension.


Saya menggunakan Fibonacci Retracement untuk mencari masa terbaik untuk memasukkan order saya dan Fibonacci Extension untuk menentukan masa terbaik untuk keluar dari market.


Fibonacci retracement ialah berkenaan kebarangkalian untuk pergerakan harga berpatah balik, sebelum ia menyambung pergerakan mengikut arah yang sebenar. Dalam chart diatas nilai fibonacci retracement ialah pergerakan harga dari 1.0 ke 0.618 (bersamaan dengan 61.8%), sebelum ia menyambung pergerakan sebenar market. Saya memberikan perhatian lebih kepada nilai 38.2% dan 61.8%. Jadi saya hanya akan menandakan nilai 38.2% dan 61.8%. Untuk bearish market, terbalikan kesemua penerangan yang diberikan.


Sekiranya terdapat banyak lurah dan puncak kita juga boleh melukis seberapa banyak fibonacci retracement yang ada. Tapi berpada-padalah bila melakarkan chart tu, takut tak boleh baca pula. Beri perhatian s
ekiranya terdapat fibonacci level yang bertindan. Ada yang memanggil level ini sebagai super cluster, biarlah saya menggelarkannya sebagai “Zone Panas”. Selalunya zone Panas akan menjadi support atau resistant yang kuat. Pertemuan aras 38.2% dan 61.8% selalunya memberikan tindakbalas yang kuat, jadi berhati-hati. Berikut ialah contoh Zon panas.



Fibonacci Extension pula ialah ramalan pergerakan harga selepas ia memantul daripada aras support/resistant. Fibonacci Extension membantu kita mencari masa terbaik untuk keluar dari market. Dalam chart Zone Panas diatas, Fibonacci Extension merupakan pergerak dari “C” keatas. Kita cuma perlu mengira nilai B-A. Lepas tu kiralah nilai C campur B-A di kali dengan 61.8% atau 100%. Umumnya kita hanya berminat untuk mengetahui nilai pada 61.8% dan 100%. Untuk bearish market terbalikkan cara pengiraaannya.


Secara peribadi saya sendiri menggunakan Fibonacci Retracement dan Extension dengan meluas. Begitu juga ramai lagi peniaga Forex yang ada diseluruh dunia.


Fundamental analysis
Didalam fundamental analysis kita memerlukan pengetahuan yang mendalam didalam ekonomi sesebuah negara. Jika kita ingin berniaga GBP/USD, maka perlulah kita memahami dengan mendalam ekomoni negara Britain dan Amerika.


Kekuatan ekonomi sesebuah negara dipantulkan secara langsung pada nilai matawang negara tersebut. Sekiranya analisa kita menunjukkan kekuatan ekonomi negara tersebut maka membeli matawang tersebut adalah langkah yang logic. Tetapi harus diingat matawang negara tersebut diikat dengan matawang negara lain. Jadi analisa secara menyeluruh amatlah wajar.


Saya bukanlah pakar ekonomi, jadi teknik analisa Fundamental kurang sesuai untuk saya. Dah cuba, memang sakit kepala dibuatnya.:)


Satu keunikkan FOREX, kadang-kadang kekuatan ekonomi memberikan reaksi yang terbalik. Jangan terkejut, ia adalah perkara lumrah.


Pengurusan kewangan

Ini adalah satu subjek yang kurang diberi perhatian walaupun ianya amat penting didalam menentukan kejayaan.


Didalam dunia FOREX untung dan rugi adalah lumrah. Jangan percaya jikalau ada yang mengaku menpunyai teknik yang menjamin keuntungan. Kalau boleh mencapai keuntungan didalam 70% trading yang dibuat dah dikira amat berjaya. Terdapat guru FOREX yang hanya mencapai kejayaan hanya 50%. Mengapa dia berjaya - pengurusan kewangan yang bagus.


Apa yang dimaksudkan dengan pengurusan kewangan ? Subjek ini juga agak luas, saya cuma akan menyentuh exposure kepada investment kita sahaja. Sebab utama ia boleh menyebabkan kita lingkup didalam masa yang singkat jika tidak diuruskan dengan baik.


Setiap kali kita meletakkan order, kita memberikan “risk” kepada modal yang kita miliki. Asasnya kita ingin membendung risk yang kita ambil.


Berapa peratus risk yang kita perlu ambil bergantung kepada modal yang kita ada. Kalau modalnya besar maka lebih kecillah pula risk yang kita boleh terima. Umumnya pada kadar 1%-5%. Saya menggunakan 2% sahaja walaupun modal yang saya laburkan tak sebesar mana. Sebabnya saya masih mempelajari FOREX. Nak buat apa nak risk kan duit titik peluh kita jika kita kurang yakin.


Yang dimaksudkan exposure yang boleh kita ambil ialah sebahagian dari modal kita yang boleh kita “hilangkan” tanpa memberikan impak kepada keseluruhan investment. Kerugian dari transaksi tersebut tidak melumpuhkan kan perniagaan kita.


Saya beri contoh pengurusan yang tidak baik. Katakan saya mempunyai modal sebanyak $1000. Untuk trading hari ini saya ingin mendapat keuntungan yang banyak, jadi saya memberikan exposure yang besar. High risk, high profit lah katakan (ego masih ada). Saya gunakan 20% exposure, bersamaan dengan $200. Jika analisa saya salah, dalam 3 kali transaksi sahaja modal saya akan jatuh kepada $400. Lebih dari separuh. Bukannya mudah hendak mendapatkan semula modal kita didalam keadaan asal.


Masalah utama dengan “orang baru”, semangat tinggi. Tak sabar nak buat duit banyak dengan FOREX. Jangan segan semua orang akan melalui peringkat tersebut, termasuk saya sendiri.


Saya sentuh cara pengurusan yang saya gunakan. Kita ambil contoh diatas. Seperti yang saya maklumkan, saya cuma mengambil 2% risk. Bukan lebih. Setiap kali saya trade saya akan mengira berapakah nilai 2% tersebut. Untuk $1000 kita cuma boleh mengambil resiko bersamaan $20. Kemudian kita kira nilai pip yang bersamaan dengan $20. Sekiranya “Stop Lost” kita 20 pip, maka nilai yang kita boleh trade cuma $1=1pip. Nilai unit yang diperniagakan bersamaan dengan 10000. Lihat semula bahagian unit dan pip sekiranya ia mengelirukan.


Pasti ramai yang mempertikaikan pulangan amat kecil, tak berbaloi. Dibahagian akhir nanti saya akan berikan penerangan pasal “compounding”. Cara terbaik untuk mencari keuntungan didalam dunia FOREX.



SEMBANG-SEMBANG FOREX


SEMBANG FOREX 1

Ok ni ada sedikit artikel berkenaan forex dan sesape yang terlibat pasti penah merasai situasi macam ni:

Trader Level 1

Level 1 Unconscious Incompetence

Begitu kamu beres menandatangani agreement trading, disinilah kamu berada. Kamu menjadi trader karena kamu mendengar bahwa pendapatan seorang trader bisa mengalahkan pendapatan seorang direktur BUMN. Lagi pula saat simulasi kamu telah profit 3 kali lipat, lalu apa susahnya?.

Kamu mungkin bisa profit dengan hasil yang menakjubkan 100 poin sampai 200 poin per lot per hari, namun itu semua hanyalah beginner luck saja. kamu pada awalnya tidak akan percaya, dengan hanya mengandalkan 1 indicator saja, atau bahkan hanya dengan insting ( baca artikel tentang insting di psikologi trading), toh kamu bisa profit.

Namun sayangnya, market akan mengalahkan kamu. Tidak ada trader yang sukses hanya dengan faktor LUCK. loss demi loss menghampiri kamu, kamu mencoba bertahan namun kalau sampai margin habis, siapa yang bisa tahan??.

Kamu sama sekali tidak menyadari bahwa kamu tidak bisa trading, kamu tetap mengira kamu bisa trading walaupun semua fakta berkata sebaliknya ( apakah bulan ini profit?, bulan kemarin profit?, tahun ini profit? ).

Kamu tetap mengira bahwa kamu adalah orang yang spe****, orang yang akan mampu mendapatkan kunci kekayaan dari trading. Dan kamu tidak menyadari bahwa 90% trader yang gagal juga mempunyai perasaan seperti itu. Kamu tidak mempunyai sistem yang kumplit, kamu dikuasai oleh emosi kamu, kamu selalu averaging posisi jika loss karena kamu ANGER pada market, kamu selalu take profit dalam jumlah yang kecil atau membiarkan profit berubah jadi loss karena kamu dikuasai oleh GREED, kamu tidak pernah trading karena kamu takut / FEAR. Kamu membiarkan diri kamu dikuasai oleh emosi sehingga margin equity kamu menderita.

90% orang yang trading hanya sampai pada level ini, mereka biasanya kapok, berhenti trading dan menganggap ini semua hanya mimpi buruk belaka. sebagian lagi moralnya anjlok, mereka tetap mencari investor dan trading seperti orang gila. dalam sebulan atau dua bulan margin habis lalu mereka mencari mangsa lagi.
Mereka masih mengaku sebagai trader namun sebenarnya mereka executor. dan biasanya yang moralnya anjlok ini dengan senang hati akan menjabat sebagai managemen di brokernya. lalu sebagian lagi akan tetap ngantor seperti biasa dan mengaku trader tetapi tidak pernah trading, mereka biasanya menyalahkan dirinya sendiri.

Hanya masalah waktu, sampai kapan mereka dapat bertahan di level ini dan waktu selalu menang.
90% Trader ada di level ini, dan hanya 10% sadar dan pindah ke level 2.


Trader Level 2

Level 2 Conscious Incompetence

Di level ini kamu sadar bahwa kamu tidak bisa trading, kamu tidak memiliki kemampuan untuk trading yang menghasilkan profit secara konsisten. Dan kamu tahu solusinya, kamu sadar bahwa selama di level 1 pikiran kamu dikaburkan oleh emosi kamu sehingga kamu tidak bisa berpikir secara jernih.

Di level ini kamu akan mencari holy grail ( system yang sempurna, system yang 100% profit, system yang tidak pernah loss), kamu mulai membeli system yang ada di internet, kamu membaca semua website yang ada tentang trading mulai dari UK, USA, Australia, Europa sampai Russia, kamu baca semua ebook yang ada, kamu praktekan semua system yang kamu peroleh, kamu haus akan ilmu seperti seorang pengembara di padang pasir yang haus akan air minum.

Pada level ini kamu akan membaca semua detail tentang indikator, kamu akan test semua indicator yang ada di metatrader, bahkan kamu mungkin akan membuat indikator sendiri ( biasanya gabungan 2 atau 3 indicator), kamu akan bermain-main dengan moving average, fibonnacci lines, pivot point, camarilla pivot, deMark, Fractals, Divergence, DMI. ADX, Bollinger Bands, dan ratusan indicator lainnya.

Kamu tahu bahwa market terlalu rumit untuk di predict hanya dengan 1 indicator saja, kamu tahu kombinasi ideal dari masing-masing indicator. kamu tahu percis keunggulan indicator tersebut dan juga kelemahannya.

Kamu akan mencoba menerka TOP dan BOTTOM dari market dengan indicator tersebut. kamu akan bergabung dengan chat room trader dan menanyakan pertanyaan-pertanyaan ***** pada trader senior. karena kamu tahu kalau kamu tidak bertanya sekarang maka selamanya kamu tidak akan tahu.

Pada akhirnya di level ini kamu akan mendapatkan 5 sampai 10 system yang lengkap dan mencoba mencari tahu system mana yang paling cocok dengan kepribadian kamu.

Dari 10% trader yang ada di level ini, hanya sekitar 7% yang berhasil pindah ke level 3.


Trader Level 3

Level 3 The EUREKA Moment

Pada akhir level 2, kamu akhirnya menyadari pokok permasalahan bukan terletak di system. Kamu menyadari bahwa kamu bisa mendapat profit bahkan jika hanya menggunakan system yang simpel seperti moving average saja tanpa ada indicator lain, jika kamu bisa menggunakan kepala kamu dan money management yang benar.

Kamu mulai membaca buku tentang psikologi trading, dan mengidentifikasi dengan karakter yang dijelaskan dalam buku itu. Akhirnya datanglah Level Pencerahan.

Level pencerahan ini membuat otak kamu menyadari satu hal yang penting, di dunia ini tidak ada seorang pun yang mampu memprediksi secara akurat apa yang akan terjadi pada market 30 detik kemudian.

Kamu mulai menguasai satu system trading dan memodifikasinya sehingga sesuai dengan karakter kamu, dan mampu memberikan lebih banyak profit dibandingkan system yang asli.

Kamu mulai trading jika kamu tahu pro****litas untuk profit lebih besar daripada untuk loss, kamu hanya trading jika ada signal dari system kamu, kamu selalu menggunakan stoploss, karena kamu tahu stoploss adalah resiko bisnis yang ada dalam dunia trading.

Ketika stoploss kamu kena, kamu tidak emosi karena kamu tahu tak seorangpun bisa memprediksinya, dan itu bukan kesalahan kamu. Trading berikutnya akan meningkat pro****litas profitnya karena kamu tahu system kamu itu system yang profit.

Kamu secara seketika menyadari bahwa dalam dunia trading hanya ada satu hal yang penting yaitu konsistensi pada system, psikologi trading dan money management kamu. Dan kedisiplinan kamu untuk melakukan trading apapun yang terjadi.

Kamu mempelajari tentang money management, 2% risk, dan hal lainnya. dan hal ini mengingatkan kamu 1 tahun yang lalu ketika ada yang memberi nasehat yang sama padamu dan kamu memilih untuk mengacuhkannya. ketika itu kamu memang belum siap namun sekarang kamu siap.

Di level pencerahan, otak kamu akan menerima bahwa kamu tidak bisa meramalkan pergerakan market, karena memang tak seorang pun bisa.

Dari 7% trader yang ada di level ini, hanya sekitar 5% yang berhasil maju ke level berikutnya.

Trader Level 4

Level 4 Conscious Competence

Oke, Sekarang kamu hanya trading jika dan hanya jika system kamu memberi signal.
Kamu cut loss sama gampangnya dengan take profit. karena kamu tahu system kamu akan lebih banyak memberikan profit daripada loss, dan cut loss yang kamu lakukan adalah resiko bisnis yaitu max 2% dari account kamu.

Di level ini kamu memulai target dengan profit 20 point per hari, dan setelah kamu mampu melakukannya secara konsisten selama beberapa minggu, kamu meningkatkan target dengan 40 point per hari. Dan hal itu pada akhirnya mampu kamu lakukan.

Kamu memang masih harus kerja keras untuk mendapatkannya, memperbaiki system kamu, menguasai emosi kamu, dan melaksanakan money managemen yang kamu pegang.

level ini biasanya berjalan sekitar 6 bulan.

Dari 5% trader hanya sekitar 3% yang sanggup maju ke level berikutnya.


Trader Level 5

Level 5 Unconscious Competence

Nah sekarang kamu sampai di level 5, ini adalah level yang paling diharapkan oleh seluruh trader di dunia ini, di level ini kamu bisa trading secara alami, kamu telah menguasai semuanya, kamu bisa Dancing with the Market, kemanapun arah market berjalan, kamu telah open di posisi yang benar, jadi kamu tinggal melihat profit kamu bergerak dari 2 digit ke 3 digit.

Inilah level puncak dari seorang trader, inilah level utopia, kamu telah menguasai emosi kamu dan kini kamu trading dengan account yang terus membesar tiap harinya dari kumulatif profit yang kamu peroleh.

Kamu akan jadi bintang di trading chat room, dan orang-orang akan mendengarkan apa yang kamu katakan, kamu kenal dengan pertanyaan mereka, karena kamu ada diposisi mereka 2 tahun yang lalu.
Kamu akan memberikan saran bagi mereka, namun kamu tahu bahwa kebanyakan dari mereka tidak akan mendengarkannya karena mereka masih trader level 1.

Kamu tidak akan mempunyai masalah financial lagi, kamu mampu membeli semua benda yang tersedia untuk dijual, kamu bisa membeli pulau dan trading disana asalkan ada jaringan internet, kamu bisa pindah ke hotel bintang 5, dan menjadi penghuni tetap disana.

Kamu mempunyai penghasilan seperti seorang superstar, kamu bisa membuat buku sendiri, kamu bisa trading dengan margin yang tanpa batas, dan account kamu akan berlipat-lipat dari account awal.

Hanya 3% trader yang bisa mencapai level ini.

Sekarang kamu bisa dengan bangga berkata " SAYA SEORANG TRADER".


SEMBANG FOREX 2


Sori..artikel ni pon dalam bahasa indon...kalau tak paham..buat2 paham je la yer.

Ada satu pepatahan yang menyebutkan bahwa pasar dikendalikan oleh katakutan dan keserakahan. Siapa saja yang melakukan trading lebih dari 2 posisi umumnya pasti pernah merasakan 2 macam emosi tersebut.

Semua trader berpengalaman dalam masalah emosi. Perbedaan antara trader yang sukses dengan yang gagal adalah dari bagaimana cara mereka menghadapi emosi tersebut. Mari kita lihat bagaimana emosi ini mempengaruhi seorang trader yang sukses dan trader yang gagal dalam berbagai skenario:

Skenario1: Tiga transaksi sebelumnya mengalami kegagalan.

Trader yang gagal akan menyadari ini sebelum ia ambil posisi di market dan senantiasa dalam ketakutan kalau-kalau transaksinya kali ini akan gagal lagi. Hal ini hanya akan membuang waktu hanya untuk memastikan bahwa dia dalam posisi yang benar. Sehingga pada akhirnya ia akan ketinggalan entry level yang bagus tersebut. Mereka mungkin pada akhirnya akan mencari-cari factor lain, yang kira-kira belum dipikirkan, sehingga mendapatkan alasan untuk tidak masuk market. Kesimpulannya dia akan selalu dihantui oleh rasa takut akan mengalami kegagalan lagi.

Trader yang sukses akan mencoba strategi mereka dan bisa memaklumi akan adanya kemungkinan loss yang beruntun dari penggunaan strategi mereka. Mereka akan selalu mengukur tingkat kesuksesan dengan menggunakan sistem tersebut baik ketika sedang menang maupun sedang kalah.

Skenario2: Sesaat setelah masuk ke market, ternyata market price bergerak melawan prediksi.

Trader gagal akan segera merasa takut kalau dia telaah melakukan sebuah kesalahan. Mereka akan menunggu dan berharap bahwa market akan segera berbalik arah menuju yang mereka inginkan. Rasa ‘takut akan melakukan tindakan yang salah lagi’ telah berhasil mengendalikan pikiran mereka dan kebijaksanaan trading mereka, mereka bahkan mungkin akan menggeser posisi Stop Loss mereka menjauhi Open Position dengan tujuan supaya Stop Loss tersebut tidak disentuh oleh market price. Mereka mungkin juga akan mengabaikan trading itu begitu saja dan berharap market price akan segera berbalik arah, paling tidak ke posisi breakeven – seorang yang awalnya adalah daytrader kini bisa berubah posisi menjadi trader ‘penggeser posisi’ dan beberapa hari kemudian mungkin beralih status lagi menjadi trader jangka panjang yang menerapkan strategi buy dan menahan posisi.

Trader yang sukses, tentu saja, akan tahu berdasarkan beberapa percobaan yang telah ia lakukan terhadap sistemnya, bahwa setiap masuk ke market pasti ada peluang tradingnya akan berhasil dan ada peluang juga akan menyentuh stop loss-nya. Stop Loss yang sudah dipasang akan berada pada tempatnya dan tetap berada pada tempatnya. Stop yang digunakan memberi petunjuk di mana ia akan keluar dari market, bukan petunjuk seberapa takut dia akan gagalnya trading.

3. Skenario3: Saat masuk ke market, tiba-tiba market bergerak dengan sangat cepat menuju arah yang diinginkan (arah profit).

Trader yang gagal akan segera membayangkan sebuah villa di bawah terik matahari dan sebuah mobil sport terbaru terbayang-bayang di dalam kepalanya. Lalu dia kemudian akan memindahkan price targetnya menjauh dan memutuskan untuk membiarkan market terus bergerak berharap akan mengenai target yg telah digeser menjauh tersebut. Keserakahan telah membutakan dirinya dan ‘rencana’ sebelumnya (jika memang ada). Tentu saja, market jarang bergerak ke satu arah untuk waktu yang lama dan saar market berbalik arah keserakahan itu akan segera berubah menjadi ketakutan hingga impian-impian yang tadi akan sirna seketika dan trader gagal ini akan menunggu hingga market price kembali ke tempat asalnya waktu ia masuk ke market. Daytrade kini berubah menjadi position trade.

Sedangkan Trader yang sukses telah menset target sebelumnya, harga yg spesifik atau waktu yg spesifik dan akan disiplin dengan prinsipnya itu. Jika satu trading berhasil membawa profit hanya dalam waktu 5 menit, maka sudah! Itu bagus! Banyak trading-trading lain yg tidak bisa secepat itu.


Ketakutan dan keserakahan adalah emosi manusiawi. Kita tidak bisa merubah 2 emosi tersebut. Namun berikut ini ada beberapa tips:

1. Kenali sistem Anda.
Jika Anda telah cukup percaya diri dengan sistem yang Anda gunakan, maka perasaan itu akan bisa menguasai rasa ketakutan dan keserakahan tadi. Kepercayaan diri terhadap system hanya akan dapat terjadi dari desain sistem yang bagus dan percobaan-percobaan yang dilakukan.

2. Otomatisasikan sistem Anda.
Komputer tidak akan pernah merasakan ketakutan maupun keserakahan, mereka tidak akan berdoa untuk keajaiban dan berteriak histeris saat membuat keputusan yang salah. Mereka hanya akan stop, jika mereka memang diperintahkan untuk itu.

3. Pengurusan Kewangan
Cukup sederhana, tidak perduli seberapa bagus sistem Anda, Anda harus sensitive terhadap jumlah dana yang Anda miliki dan kalkulasikan seberapa besar Anda bisa menerima kekalahan.



SEMBANG FOREX 3

GUIDELINES UMUM - FOREX TRADING
Hampir sebahagian besar trader profesional adalah trader yang BERDISIPLIN.

  1. Rancang dahulu sebelum anda memasuki pasaran.
    - Pair mana yang anda akan buy atau sell
    - Bila anda akan masuk/keluar pasaran
    - Bila anda akan menjual kerugian
    - Dimana had maximum keuntungan anda
  2. Trend pasaran adalah teman
    Jangan sesekali melawan trend kalau anda cuma trader kecil, semasa trend pasaran naik ikutilah dengan memasang harga buy, semasa trend pasaran turun ikutilah dengan memasang harga sell. Selama anda tidak melawan trend pasti anda tidak akan rugi.
  3. Fokuskan perhatian pada modal
    Ini adalah perkara yang paling penting, jangan terlalu serakah tanpa mengingati modal dalam open posisi, gunakan 10%-30% saja dari total modal anda. Jangan sesekali menggunakan lebih dari 50% kerana anda tidak akan dapat menahan pergerakan pasaran apabila menggunakan lebih dari itu dan habis ditelan margin call sahaja.
  4. Tahu bila harus menghadkan kerugian
    Jika salah analisa jual dan biarkan itu terjadi. Jangan memegang harapan kosong agar harga akan kembali naik. Keadaan harapan kosong ini berkemungkinan besar akan mengakibatkan kerugian yang lebih besar berlaku. Pastikan posisi stop loss dan bila anda harus merelakan wang anda hilang.
  5. Ambil keuntungan semasa perdagangan baik
    Sebelum memasuki pasaran pastikan seberapa besar keuntungan yang ingin anda capai, ketika target tercapai, segera close. Biarkanlah harga itu bergerak ke mana saja selepas itu, jangan rasa rugi jika harga semakin menguntungkan.
  6. Jangan trading kerana signal dari teman atau broker saja
    Trading hanya apabila anda sudah menganalisa sendiri, signal memang boleh membantu tapi jangan jadikan unsur utama!
  7. Buat catatan trading
    Ketika open posisi, buat catatan sebagai rujukan. Apabila berhasil atau gagal baca kembali. Ilmu trader anda akan jauh berkembang dari dari apa yang telah dilalui.
  8. Ketika was-was jangan masuk pasaran
    Ketika anda tidak tahu ke mana arah market, cubalah untuk berdiam diri saja dan mengamati sampai anda yakin benar. Kadang-kadang diam adalah jalan terbaik yang patut anda lakukan.
  9. Jangan melebihi kemampuan anda untuk trading
    Idealnya dalam satu waktu hanya mempunyai 3-5 posisi, tidak lebih dari itu. Terlalu banyak membuka posisi pasti akan membuat anda tidak dapat memberi perhatian dan loss control.
  10. Forex Trading ini bukanlah merupakan cara cepat untuk menjadi kaya.
    Perlu banyak waktu untuk mempelajari ilmu dibidang ini. Trader yg sukses dengan formulanya sendiri tidaklah menemukan ilmunya dalam tempuh yang singkat.
    Yang sangat diperlukan adalah : Practice+Patience+Persistent =Profit
  11. Disarankan untuk fokus kepada 1 atau 2 pasang matawang sahaja.
    Kenapa? Kalau fokus kepada semua matawang ia pasti akan merumitkan (complicated) dan sukar untuk membuat kawalan.
  12. Memerhatikan ForexNews dan analisa forex dari para Analyst.
    Mesk ipun system forex ini didasarkan pada analisa chart, kita harus juga memerhatikan berita-berita baru yang dapat mempengaruhi harga. Mengetahui apa itu pivot, support dan apa itu resistance' serta perhatikan apakah sebarang berita mampu menggerakkan price ke arah support atau resistant.
  13. Gunakan salah satu 'teknik' yang betul-betul anda kuasai.
    Biasakan untuk menggunakan salah satu method (cara, kaedah) yang anda mampu kuasai untuk bermain forex. Pelajari apa itu indikator RSI. STOCH, CCI. MOVING AVERAGE dan MACD.
  14. Mula dengan Virtual Trading
    Berjinak dengan forex melalui virtual trading dahulu , paling tidak 3 bulan untuk memahami pergerakan forex!

    Melakukan trading harus berdasarkan dengan apa yang anda lihat, bukan apa yang anda fikir!
    Untung rugi adalah biasa, yang penting anda trading dengan formula dan disiplin! Wang akan datang dengan sendirinya bila anda berdisiplin.

    90% orang gagal di forex kerana tidak disiplin, 10% bangkrup!
    Money management sangat penting dalam bermain forex